BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamulaikum,

 

Jika seorang waris(A) membeli barang untuk mengantikan barang yang da dirosak untuk rumah pusaka tanpa persetujuan atau member tahu waris yang lain selepas kematian orang yang meninggal dan process faraid belum selesai dilakukan, boleh ke waris(A) tersebut menuntut cost pembaikan itu dari cost faraid, da kemudian balance baru dibahagikan ikut faraid?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, membeli barang untuk menggantikan barang yang telah rosak untuk rumah pusaka bukanlah kewajiban dalam pengurusan harta pusaka si mati. Waris(A) perlulah mendapatkan persetujuan waris lain. Dalam soal tuntutan kos pembaikan, sekiranya ahli waris semua bersepakat bersetuju bolehlah ditolak dari harta pusaka si mati bagi tuntutan tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image