BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

Masalah saya ingin tahu apakah hukumnya saya ditipu dengan kawan A fasal 1 projek dan saya meminjam dengan kawan B untuk projek tersebut. Kawan B beri duit kepada saya dan saya beri semuanya kepada kawan A. Tolong bantu saya yang buntu tuan. 

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hutang yang tuan buat dengan kawan B adalah antara tuan dengan kawan B sahaja. Ia adalah hutang yang tuan perlu langsaikan sebagaimana perjanjian yang telah dipersetujui. Tindakan tuan memberikan wang pinjaman tersebut kepada kawan A adalah dengan pilihan tuan sendiri. Manakala perbuatan kawan A yang telah menipu tuan dalam suatu projek itu adalah isu berlainan yang tuan boleh adukan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.   

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 69

message user image