Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan saya..Semasa bertengkar dengan suami dalam keadaan sangat marah sy tertolak kepala nya..dan suami dalam keadaan marah mengatakan "lagi sekali kau tolak kepala aku jatuh talak satu"dan pada masa yg sama sy tdk menolak lagi.. apakah hukum talak pada masa itu dan seterusnya ..terima kasih
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
Lafaz yang disebut oleh suami "lagi sekali kau tolak kepala aku jatuh talak satu" boleh membawa kepada lafaz cerai secara taklik. Berkenaan lafaz taklik ini, puan hendaklah dapatkan penjelasan dari suami sama ada lafaz tersebut terpakai semasa pertengkaran pada masa itu sahaja atau selama-lamanya. Daripada penjelasan suami kelak boleh jadi dua keadaan :
-
Jika suami hanya tetapkan pada masa itu sahaja, dan pada masa yang sama puan tidak menolak kepalanya lagi, maka talak tidak jatuh. Talak boleh jatuh jika puan sekali lagi menolak kepalanya ketika pertengkaran pada masa itu sahaja.
-
Jika suami tidak menetapkan tempoh tertentu dan dalam ada jua keadaan, maka lafaz taklik tersebut terpakai sepanjang perkahwinan puan dan tidak boleh ditarik balik serta tidak kira dalam apa jua keadaan (tolak kepala) iaitu semasa bergaduh atau bergurau senda atau tidak sengaja dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, jika puan ingin mendapatkan kepastikan tentang status lafaz taklik tersebut, boleh dapatkan penjelasan daripada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal kerana mereka mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkannya.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 74