BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ada lafaz rujuk dekat isteri mcm ini..(ayh rujuk mama semula jadi isteri ayh)

Dia terima rujukkan saya.. tiba² besok pagi dia ckp tknk rujuk... Semasa saya lafaz rujuk saya berdepan dengan dia bersua muka....

Jadi lafaz rujuk saya tadi itu sah ke tidak??? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, lafaz rujuk yang diucapkan oleh pihak suami adalah sah sekalipun tanpa persetujuan isteri. Oleh itu, berdasarkan situasi ini lafaz rujuk ini sah kerana tuan telah mengucapkan lafaz yang jelas membawa maksud rujuk.

Tuan disarankan untuk segera melaporkan perkara tersebut ke pihak Jabatan Agama Islam Daerah terdekat bagi urusan pendaftaran rujuk berkenaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 69

message user image