BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum cik,saya nak tanya apa hukum jika kita ragu - ragu dan was was dalam bab cerai ?

1.saya nak tahu mengenai bab ini sebab dulu saya macam pernah lafaz tapi saya tak seberapa nak ingat sama ada ia berlaku sebelum saya kahwin atau selepas dan bila saya cuba untuk mengingati balik untuk kepastian diri saya sendiri sama ada saya pernah lafaz atau tidak dia jadi macam samar - samar dan saya pun jadi kurang yakin atas perkara ini.

2.apa hukum jika kita lafaz berseorangan diri tanpa ada siapa - siapa disekeliling kita akan tetapi hanya mengerakkan bibir dan lidah tanpa mengeluarkan suara kita sendiri dan didengari oleh diri sendiri adakah perkara ini dikira jatuh talak ?

mohon penjelasan daripada cik terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Perasaan samar-samar atau was-was tidak boleh disabitkan hukum ke atasnya. Kaedah fiqh ada menyebut:

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya : Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).  

Oleh itu, dalam keadaan tidak dapat dipastikan sama ada lafaz cerai pernah diucapkan atau tidak, atau jika ada, akan tetapi tidak dapat dipastikan apakah lafaz yang diucapkan, atau tidak dapat dipastikan lafaz itu diucapkan sebelum atau selepas perkahwinan, maka talak tidak berlaku.

 2. Antara syarat sah talak adalah ia perlu dilafazkan sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri. Sekadar niat atau kata-kata di dalam hati, begitu juga gerakkan bibir serta lidah tanpa mengeluarkan suara, maka talak tidak berlaku.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 113

message user image