Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan,
Apa hukum mengutip resit yang dibuang bagi tujuan menyertai peraduan beli & menang?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada soalan yang diajukan, pada kebiasaannya peraduan seperti itu mensyaratkan orang yang ingin menyertai pertandingan tersebut hendaklah membuat sejumlah pembelian dari tempat yang menganjurkan pertandingan. Resit pembelian tersebut kemudiannya digunakan sebagai bukti pembelian untuk menyertai pertandingan. Mengambil resit orang lain yang dibuang untuk digunakan sebagai bukti pembelian berkemunginan menyalahi syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu, perlu mendapatkan pengesahan atau kebenaran daripada pihak penganjur. Sekiranya tidak, dibimbangi terdapat unsur syubhah penipuan.
والله أعلم بالصواب
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 50