BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saudara saya bagi sedekah makanan keperluan seperti telur, gula, susu, dan biskut kepada ibu saya..dan ibu saya menjalankan perniagaan kedai makan secara kecilan, jadi boleh ke ibu saya menggunakan barang seperti telur dan susu yang diberi untuk adunan masakan untuk dijual sedangkan ada telur yang dibeli asing untuk kegunaan jualan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, barang keperluan yang merupakan sedekah itu sudah menjadi sepenuhnya hak milik penerima sedekah. Oleh itu dia layak menggunakan dan menguruskannya mengikut kehendaknya sendiri selagi mana ia bukan untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 67

message user image