BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Jika saya membersihkan kain lap yang terkena najis dengan menggunakan air mutlak seperti air di singki kemudian air paip disingki tersebut saya biarkan mengalir tanpa henti semasa menbersihkan kain tersebut saya memegang kain itu ketika menbersihkannya adakah tangan saya menjadi najis juga atau ia telah suci sekali sewaktu membersihkan kain itu? kalau telah menjadi najis adakah maksudnya kain itu juga kembali menjadi najis kerana saya memegangnya ketika cuci?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, kain lap yang terkena najis apabila telah dibasuh dengan air mutlak dengan cara mengalirkan air hingga hilang sifat, warna dan bau najis maka kain lap tersebut telah bersih dan suci, begitu juga tangan puan yang memegang kain tersebut. Hendaklah diyakini tidak terdapat kesan najis pada tangan, maka ianya suci. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 40

message user image