BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Adakah normal apabila kita mendengar org bercerita hal2 kelamin hingga mengeluar lendir di bahagian kemaluan pendengar? Apakah hukum bila kita membayangi apa yg dicerita kn? 


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, sesuatu kesan yang normal bagi seseorang yang mendengar cerita hal-hal kelamin/ persetubuhan sehingga boleh mengakibatkan terkeluar lendir atau cecair di bahagian kemaluan si pendengar. Besar kemungkinan cecair yang keluar itu adalah mazi iaitu cecair yang keluar akibat rasa ghairah atau berahi akibat terangsang kerana melihat, membaca, mendengar atau membayangkan sesuatu yang menaikkan syahwat. Walau bagaimanapun, perbuatan mendengar cerita sedemikian adalah diharamkan. Begitu juga hukum membayangkan pula apa yang diceritakan oleh orang berkaitan perkara yang melibatkan persetubuhan adalah haram. Ini adalah kerana ia boleh mengheret kepada berlakunya perbuatan yang diharamkan seperti onani atau perzinaan. Oleh itu, sebagai seorang Muslim hendaklah menjauhkan diri dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik. Bertakwalah kepada Allah SWT serta mendekatkan diri kepadaNya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemaksiatan. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Isra' ayat 32:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Ayat di atas menunjukkan bukan sahaja zina itu diharamkan, namun sebarang perbuatan yang boleh membawa kepada perzinaan juga diharamkan seperti menonton video lucah, membaca atau mendengar cerita-cerita yang memberahikan dan sebagainya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 99

message user image