Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Semasa tawaf wada pada tahun 2017, anak saya telah menaiki skuter. Pada pusingan ke 7, dia telah parking skuter nya yang terletak sebelum lampu hijau. Saya telah membawanya menyambung tawafnya dengan berjalan kaki hingga ke lampu hijau untuk melengkap kan pusingan tawafnya. Saya tidak pasti bagaimana jemaah yang lain mengira untuk pusingan ke 7 kerana menurut anak saya ada juga jemaah yang terus parking skuter seperti nya.
Pada andaian saya, kemungkinan juga jemaah yang lain telah selesai tawafnya sebelum memulang kan skuter mereka kerana semasa itu saya belum berada di tempat parking tersebut. Ada juga jemaah yang pernah manaiki skuter sebelum ini. Pasti mereka lebih berilmu dari saya.
Setelah 7 tahun berlalu saya terfikir, berdosa kah saya kerana tidak bertanya kepada jemaah yang lain ketika itu tentang tawaf mereka.
Jawapan