BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada dua soalan yang ingin ditanya.

Soalan 1: adakah lafaz taklik suami kepada isteri ini sah?

Lafaz : lepas saya bayar hutang awak kita berpisah

(Si suami telah berhutanh dengan isteri dan sedang membayar hutangnya secara beransur ansur)

Soalan 2: jika lafaz taklik itu sah, sekiranya isteri menghalalkan hutang tersebut agar suami tidak perlu membayar kepadanya hutang itu lagi, adakah taklik itu akan jatuh serta merta?

Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Ucapan suami tersebut merupakan satu bentuk khabari atau perberitahuan sekiranya suami bayar hutang pada isteri, maka pasangan akan berpisah. Ucapan itu bukan berbentuk penyataan atau kata-kata bahawa suami menceraikan isterinya dan ia juga bukan merupakan talak taklik yang memberi maksud sekiranya suami selesai membayar hutang kepada isterinya, maka terus tercerailah isteri. 

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pandangan serta kepastian lebih lanjut, puan boleh merujuk kepada kepada Mahkamah Syariah atau Pejabat Agama Islam yang berhampiran sebagai pihak yang berautoriti menentukan sama ada sesuatu lafaz ini boleh membawa kepada jatuhnya talak atau sebaliknya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 59

message user image