BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, kata seseorang itu ada najis hukmi pada muka kemudian dia mengambil wuduk adakah najis itu telah suci kerana dia menadahkan air pada tangannya pada air mutlak kemudian bawa ke muka dan air itu mengalir ke seluruh muka? atau kena letak muka pada air yang air paip yang mengalir?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Najis hukmi ialah najis yang telah hilang kesan ain najis serta sifatnya seperti bau, warna dan rasa. Cara mensucikannya adalah dengan mengalirkan air mutlak ke atasnya.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengalirkan air ke muka serta meratakannya dengan menggunakan air yang ditadah menggunakan dua tangan semasa mengambil wuduk secara tidak langsung dapat menyucikan najis hukmi yang terdapat pada muka. Tidak perlu untuk meletakkan muka pada air paip yang mengalir.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image