BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah menukar niat selepas memberi salam pertama membatalkan solat fardhu?


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, salam pertama merupakan rukun di dalam solat. Justeru, bagi sesiapa yang tidak melakukan salam pertama maka solatnya akan terbatal. Adapun salam kedua merupakan sunat sahaja. Justeru, jika seseorang sudah selesai memberi salam pertama dan tidak berniat melakukan salam kedua maka dikira telah selesai solat dan tidak membatalkan solatnya dengan apa sekalipun perbuatan setelah itu seperti menukar niat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image