BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya bercadang untuk membeli motor melalui loan kedai kerana tidak mampu untuk membayar tunai harga motor, setelah saya survey semua kedai menawarkan loan kedai dengan pakej wajib ambil insuran konvesional. Jadi persoalan saya, bolehkah saya beli motor menggunakan loan kedai dengan syarat wajib ambil insuran konvesional kerana tiada kedai yang menawarkan insuran islamik


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, jika saudara ingin juga membeli motorsikal yang mengggunakan loan kedai dan terpaksa mengambil insuran konvensional, maka selepas itu hendaklah terus tukar kepada insuran islamik. Ataupun, dicadangkan untuk membuat pembiayaan peribadi daripada mana-mana institusi kewangan Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 118

message user image