Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya, kejadian ini berlaku dalam 2 hari yang lepas, semasa saya tidur, saya ada bermimpi dan selepas sedar (ketika Masih baring) saya tidak mendapati sebarang rasa basah di kemaluan saya, tetapi saya keliru kerana saya ada merasakan seperti cecair yang banyak di celah kelangkang saya. Seingat saya apabila saya menyentuhnya, ianya seperti licin, tiada bau (saya ada menciumnya di jari) tetapi ianya mudah kering kerana sekejap sahaja air di jari saya itu sudah kering (seperti sudah tiada air di jari saya). Saya mempunyai rasa was was yang teruk sebelum kejadian ini, jadi bagi mendamaikan fikiran saya, saya berfikir ianya mungkin sekadar baki air basuhan kemaluan sebelum saya tidur walaupun jarak di antara Kali terakhir saya ke tandas Dan bangun daripada tidur agak jauh, saya meneruskan dengan tanggapan saya itu. Saya terus melakukan aktiviti seharian seperti biasa walaupun kadang kala terganggu juga. Keesokkan hari nya, saya mulai gelisah kerana saya baru teringan akan ciri ciri air mazi adalah lebih kurang sama dengan air yang saya terangkan kepada tuan di atas. Saya mulai gelisah Dan berusaha untuk membasuh tuala, kain pelikat, seluar yang saya khuatiri terkena najis itu. Akan tetapi saya mulai gelisah bahawasanya najis air mazi itu telah berpindah ke tempat seperti kerusi, kain pelikat yang baharu (kerana saya mengelap bahagian kemaluan saya menggunakan tuala yang dikhuatiri terkena najis itu kerana pada waktu itu saya beranggapan seperti tiada apa apa najis) , malah tombol pintu tandas juga saya khuatir terkena najis tersebut kerana seperti pernah menggantung kain pelikat sewaktu di tandas. Apa yang perlu saya lakukan, saya bersedia untuk mengganti solat saya (sementara menunggu jawapan daripada pihak tuan) tetapi yang saya khuatir akan tempat yang terkena najis ini kerana ianya tidak kelihatan dengan mata maka saya takut saya solat di tempat yang bernajis menjadikan solat tidak diterima. Saya berasa terlalu stress kerana tidak tahu di mana najis itu sudah merebak kerana jika bilik saya sudah bernajis, saya khuatir bahawasanya najis tersebut tersebar ke luar rumah seperti Kereta dan rumah saudara yang saya kunjungi kerana walaupun memakai pakaian yang baharu, tetapi khuatir sewaktu memakainya, seluar saya seakan "menyapu" lantai yang dikhuatiri mempunyai najis. Terima kasih.
Jawapan