Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz,saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai talak yang menyebabkan saya waswas.Sudah hampir 2tahun saya waswas mengenai talak dan kerap kali terlintas cerai ketika saya bercakap hinggakan saya takut untuk bercakap.Saya cuba untuk menghindarinya namun masih gagal Ustaz.
1.Apakah hukum menyanyikan lagu yang mengandungi lirik "didalam resah engkau kupisahkan" jika dinyanyikan depan isteri tanpa niat talak?
2.Adakah jatuh talak jika terpacul/terlafaz perkataan "aku cerai" dan "cerai" akibat waswas tanpa niat talak?
3.Saya ada menyanyikan lagu yang berlirik "oh sayangku hulurkan tanganmu bersama kita bergandingan berdua" didepan anak saya. Saya menyanyi dengan mulut tertutup dan mengangkat suara sahaja kerana takut terlintas cerai dan ketika sampai di lirik berdua itu terlintas cerai mama dalam kepala dan saya terus berhenti menyanyi. Adakah lirik itu boleh jadi lafaz kinayah?
4. Saya terbangun dari tidur dan saya cuba tidur semula kerana mengantuk,tiba-tiba terlintas lafaz soreh,saya cuba untuk tidak layan dan saya buka mata tengok isteri yang sedang tidur saya pun cuba tidur dan lintasan itu semakin kuat dan saya buka mata semula melihat isteri dan ketika melihat isteri yang sedang tidur saya merasakan mulut saya seakan mengikut lafaz tersebut dan merasakan saya telah melafazkannya namun saya ragu ragu samaada betul atau tidak telah melafazkannya kerana saya ragu ragu kerana saya rasa macam keluar suara,bila difikir balik macam tidak keluar suara. Saya betul betul ragu samaada lafaz atau tidak.Saya cuba ingat semula tapi masih ragu ragu dan tidak ingat dengan pasti samada keluar suara atau tidak. Apakah hukum bagi situasi begini Ustaz?.Saya betul betul runsing memikirkannya,saya bimbang bagaimana jika saya betul betul melafazkannya.
Jawapan