BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin membeli stok gelas/cawan dan tumbler air daripada beberapa kilang di China. Namun setelah diselidik, saya mendapati kilang-kilang tersebut juga membuat gelas minuman untuk arak.

1) Apakah hukum membeli gelas, cawan minuman / tumbler air daripada kilang yang turut menjual gelas arak?

2) Sekiranya saya menjual gelas, cawan minuman dan tumbler tersebut, adakah dibolehkan?

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1) Hukum membeli gelas, cawan minuman / tumbler air daripada kilang yang turut menjual gelas arak adalah diharuskan. Hal ini kerana pengharaman arak mengikut syarak adalah pada sudut arahan menjauhi yang merangkumi semua perkara yang berkaitan seperti membeli, menjual atau membawa arak itu sendiri. nya. Adapun situasi yang puan alami amat jauh dari sudut pengharaman yang berlaku pada arak.

2) Hukum menjual gelas, cawan minuman dan tumbler tersebut adalah diharuskan. Hal ini kerana gelas, cawan minuman dan tumbler tersebut telah menjadi milik puan setelah membelinya dengan cara yang halal dan puan layak untuk menggunakannya mengikut maslahat atau keperluan puan seperti menjualnya semula. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 56

message user image