BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt, saya nak tanya, sekiranya pasangan non-muslim bercerai kemudian si suami memeluk Islam, adakah hak jagaan diberikan kepada bapa tersebut? dan adakah agama anak-anak juga bertukar kepada agama Islam?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-87 memutuskan bahawa: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam, Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.

Iman al-Imraniyy dari mazhab Shafi'i menjelaskan di dalam kitabnya “al-Bayan fi Mazhab al-Imam al-Shafi'i”, maksudnya:  “Tidak sabit hak penjagaan anak bagi orang fasik, kerana tidak ada jaminan keselamatan yang kanak-kanak itu akan membesar mengikut caranya. Sekiranya salah seorang daripada ibu bapa itu adalah beragama Islam, maka anak tersebut diberikan kepada yang beragama Islam, dan tidak sabit hak penjagaan kepada orang kafir”

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image