Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam. Saya ingin bertanya, jika pasangan ada menyatakan (semasa dlm keadaan beremosi): "adakah mahu berpisah?" atau "kita berpisah ya?", adakah terjatuhnya talak?
Jawapan
Berdasarkan kepada ayat "adakah mahu berpisah?" atau "kita berpisah ya?", ia bukanlah lafaz cerai dan tidak menyebabkan jatuh talak. Ini adalah kerana ayat tersebut berbentuk pertanyaan atau cadangan sahaja.
Sekian, terima kasih.