BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya telah bekerja di klinik haiwan. Dan saya dapat tahu bahawa makanan kucing yg saya pegang mempunyai kandungan babi. Namun, saya terlupa perkara itu selama 4 minggu. Sekarang baru saya teringat semula. Soalan pertama; apakah selama tempoh saya terlupa itu saya telah makan menggunakan tangan yg mempunyai najis berat? soalan kedua: apa yang perlu saya lakukan sekiranya telefon pintar saya terkena makanan yg mempunyai kandungan babi tersebut? adakah saya perlu sertu telefon pintar saya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan:

1. Sekiranya benar dan dipastikan makanan kucing tersebut mempunyai kandungan babi dan yakin tangan yang menyentuh dalam keadaan lembap atau basah, maka tangan itu menjadi mutanajjis dan perlu disertu. Namun sekiranya makanan kucing tersebut kering dan tangan yang menyentuhnya juga kering, maka ia tidak menjadikan tangan tadi menjadi mutanajjis. Jika makanan kucing itu kering, tapi tidak dapat dipastikan tangan yang menyentuhnya basah atau kering, maka tangan itu kekal pada hukum asal iaitu suci.

Apa yang saudara makan menggunakan tangan tersebut sebelum disertu (jika wajib disertu) adalah dimaafkan kerana terlupa atau tidak mengetahuinya.  

2.  Jawapannya adalah sama seperti di atas. Namun seandainya telefon itu wajib disertu, sekiranya telefon itu dari jenis yang boleh terkena air, maka sertu seperti biasa sekadarnya pada bahagian yang diyakini terkena najis tersebut. Namun, sekiranya ia dari jenis yang tidak boleh terkena air dan dibimbangi berlaku kerosakan jika terkena air, maka memadai dengan mengelapnya dengan menggunakan kain atau tisu basah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 40

message user image