BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ingin bertanya kalau contoh saya terlepas cakap tanpa niat dalam keadaan marah dan hanya seperti ingin isteri mengikut arahan kita seperti "kalau awak tak sediakan makan untuk saya ni kiranya awak bukan isteri saya lagi" dan ketika itu isteri tidak menuruti apa yang saya suruh itu. Jadi adakah jatuh talak atau tidak ya?

dan soalan kedua adalah kalau kita terlepas cakap tanpa niat juga seperti "kalau awak tidak ikut saya balik malam ni kira jatuh tiga"  tapi tidak disebut cerai atau talak. Dan ketika itu isteri juga tidak ikut saya balik. Apakah jatuh talak harap soalan saya ini dapat dijawab oleh pihak tuan. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

  1. Perkataan saudara "kalau awak tak sediakan makan untuk saya ni kiranya awak bukan isteri saya lagi" adalah termasuk dalam kategori lafaz talak taklik secara kinayah (kiasan). Lafaz secara kinayah memerlukan kepada niat suami semasa melafazkannya pada ketika itu. Jika suami berniat cerai, maka talak taklik boleh berlaku, dan sekiranya perkara yang ditaklikkan (tidak sediakan makanan), maka talak boleh jatuh. Namun, jika suami tidak berniat cerai, maka talak taklik tidak berlaku.
  2. Bagi situasi yang kedua pula, perkataan "kalau awak tidak ikut saya balik malam ni kira jatuh tiga" ia juga seperti ayat di atas. Ucapan tersebut boleh dianggap sebagai lafaz talak taklik sekiranya suami berniat cerai. Ini adalah kerana lafaz "jatuh tiga" adalah tidak jelas. Namun, jika suami tidak berniat cerai, maka talak taklik tidak berlaku. Namun, jika suami berniat cerai, maka talak taklik berlaku.

Seandainya terdapat perselisihan atau untuk mendapatkan kepastian, saudara perlu merujuk perkara ini kepada pihak Pejabat Agama Islam Daerah atau pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal kerana pengesahan lafaz talak atau talak taklik adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 93

message user image