BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh. Saya ada pertanyaan. Kakak saya kematian suami. Mereka tinggal di rumah atas nama ibu ayah si suami. Selepas habis iddah adakah perlu kakak saya keluar dari rumah tersebut? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam menjawab persoalan ini, beberapa perkara penting mesti dipastikan terlebih dahulu iaitu:

1. Adakah rumah yang didiami oleh arwah suami kakak puan tersebut berstatus hibah atau pemberian ibubapa suami kepada arwah suami kakak puan atau;

2. Rumah pusaka yang mana ahli-ahli waris ibubapa mertua kakak puan mempunyai hak terhadap rumah tersebut sekiranya ibubapa mertua atau salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia.

Sekiranya rumah itu adalah hibah atau pemberian dari ibubapa arwah suami maka ia adalah menjadi milik arwah suami kakak puan, dan sekiranya habis tempoh iddah, maka kakak puan masih ada hak untuk tinggal di rumah tersebut. Namun sebaliknya sekiranya rumah masih milik ibubapa arwah suami kakak puan, sama ada kedua-dua ibubapa itu telah meninggal dunia atau salah seorang telah meninggal dunia, maka ia adalah harta pusaka daripada si mati, dan ahli-ahli waris ada hak terhadap harta tersebut, maka ia menjadi budi bicara waris-waris samada kakak puan boleh terus tinggal di rumah tersebut atau terpaksa berpindah ke rumah lain. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 64

message user image