BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Suami adalah anak tidak sah taraf, apa hukum isteri bersalam dengan ayah suami yang tidak sah taraf itu ye? 


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته السلام

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya suami merupakan anak tidak sah taraf, hubungan suami dan isterinya dengan bapa biologi suami adalah hubungan orang asing (ajnabi). Ini kerana tidak sabit nasab suami kepada bapa biologinya menurut Hukum Syarak. Hubungan di antara suami dan bapa biologinya adalah hubungan bapa tiri setelah bapa biologinya berkahwin dengan ibu suami. Oleh yang demikian, haram bagi isteri untuk bersalaman dengan bapa biologi kepada suami.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image