BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Adakah affialiate shoppee patuhi syariah.


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu kembali kepada kaedah fiqah yang mengharuskan segala bentuk mualamat selagi tidak ada dalil yang pasti dan jelas konteksnya yang mengharamkan suatu transaksi muamalat seperti: 

الأصل في المعاملات الإباحة

Maksudnya: Hukum asal dalam muamalat adalah harus. 

Justeru, setelah diamati mengenai affiliate shopee merupakan suatu akad dalam perniagaan jualan langsung yang memberi komisen atau ganjaran kepada pihak  yang melaksanakan sesuatu kerja yang telah ditetapkan dan hukum mengambil komisen adalah diharuskan. Maka, hukum menyertai affiliate shopee juga adalah harus di sisi syarak. Hal ini sama seperti konsep Al-ju’alah iaitu akad yang menjanjikan pemberian saguhati kepada pihak yang melaksanakan sesuatu kerja kepada pihak yang melaksanakan sesuatu kerja yang telah ditetapkan. 

Walau bagaimanapun, hukum menyertai affiliate shopee bergantung kepada barang atau perkhidmatan yang disediakan. Jika barang atau perkhidmatan adalah daripada perkara yang diharuskan, maka upah atau komisen yang diterima adalah diharuskan. Tapi jika sebaliknya, maka hasil yang diterima adalah haram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 91

message user image