BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Ramai yang berkata bahawa pertunangan itu hanya memerlukan persetujuan daripada kedua-duanya pihak. Sebagai contoh, remaja yang saling bercinta di sekolah dan berjanji untuk berkahwin. Adakah mereka itu dikira bertunang walaupun masih di bawah tanggungjawab ibu bapa?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, percintaan pasangan remaja yang berjanji untuk berkahwin tidaklah menjadikan ia sebagai pertunangan. Pertunangan adalah merupakan adat yang dibuat secara rasmi oleh kedua-dua belah keluarga pasangan mengikut hukum syarak. Adat pertunangan di Malaysia diiktiraf mengikut kaedah fiqh iaitu, “ العادة المحكمة “ (Adat yang dijadikan sumber hukum).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 545

message user image