BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum bekerja sebagai pemungut hutang? Saya juga keliru antara riba' yang dimaksudkan, kenaikan yang terjadi disebabkan masa, dan kerugian syarikat (pemberi pinjaman/syarikat pemungut hutang) yang perlu ditanggung seperti mengupah pekerja. Apakah hukum mengambil upah sebagai pemungut hutang, iaitu bekerja bergantung kepada komisen.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, tidak menjadi kesalahan bertugas sebagai pengutip hutang dengan syarikat tersebut dengan upah berdasarkan komisen dari setiap kutipan dari syarikat pemberi pinjaman. Namun adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam menggunakan sistem Islam dalam urusan kewangan. Pertamanya adalah untuk mengelakkan diri daripada riba’. Kedua adalah bagi menyokong sistem Islam agar lebih maju. Seandainya tuan menjual pinjaman peribadi kepada pelanggan dengan kaedah perbankan Islam, komisyen daripada hasil jualan pinjaman tersebut adalah harus diterima. Bagaimanapun, sekiranya tuan menggunapakai sistem perbankan secara konvensional, maka komisyen yang diterima adalah daripada wang yang tidak patuh syarak. Apa-apa yang yang diterima daripada hasil yang tidak patuh syarak hendaklah diserahkan kepada pihak Baitulmal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 103

message user image