BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Semasa hendak solat, terdapat sedikit darah yang keluar daripada luka saya.Perlukah saya membalut luka itu sebelum menyarung seluar panjang saya agar tidak terkena darah itu? Ataupun jumlah yang sedikit itu dimaafkan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ketika tuan hendak melaksanakan solat, luka tersebut perlu dibersih dan disucikan terlebih dahulu. Jika darah itu sedikit dan tidak mengalir, maka ia adalah dimaafkan. Akan tetapi sekiranya darah tersebut banyak atau mengalir, ia perlu dibalut dengan kain agar darah tidak berpindah ke tempat lain. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 38

message user image