BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ada bergaduh dengan isteri saya beberapa hari lepas dan melafazkan ayat seperti ini ," kau keluar, aku ceraikan kau , harini"

Persoalan saya

Adakah lafaz taklik yang saya buat itu habis pada hari berikut ataupun lafaz itu akan hidup sampai bila bila kerana saya memberitahu isteri saya "hari ini" selepas melafazkan ayat "kau keluar, aku ceraikan kau" dan memang niat saya untuk hari ini sahaja


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perkataan saudara kepada isteri yang berbunyi: "kau keluar, aku ceraikan kau, harini" merupakan ucapan berbentuk khabari (perkhabaran atau hasrat) iaitu seandainya isteri keluar pada hari itu, maka suami akan menceraikannya. Jika isteri tetap keluar, terpulang kepada suami sama ada mahu meneruskan hasratnya iaitu menceraikan isterinya atau sebaliknya. 

Ucapan tersebut tidak membawa kepada berlakunya talak talik yang menyaratkan ucapan berbentuk insya'i (talak berlaku dengan serta-merta) dengan sebab isteri keluar rumah seperti ucapan suami: "Kalau kau keluar rumah, jatuh talak".  

Walau bagaimanapun, seandainya saudara inginkan penjelasan lebih lanjut bolehlah rujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah terdekat tempat di mana saudara tinggal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 74

message user image