BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz / ustazah saya nak tanya kan satu soalan yang buat saya keliru. Sekarang saya dalam proses menuntut fasakh dengan suami saya atas alasan suami saya tidak mampu memberi nafkah zahir sebab tidak bekerja. Tapi saya nak tanya adakah jatuh talak bila suami saya ada melafazkan kata ke atas saya dalam keadaan serius seperti "Apabila kau keluar tanpa pengetahuan aku dan tanpa keizinan aku jatuh talaq." Saya keliru sebab selama saya jadi isteri dia saya jarang atau memang tak bagitahu dia kalau saya keluar ke mana-mana. Kami tak duduk bersama lebih 3 tahun. Tolong ustaz/ustazah jelas kan kedudukan saya sekarang?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz yang dinyatakan oleh suami itu merupakan lafaz cerai taklik iaitu menjatuhkan talak dengan syarat melakukan sesuatu. Secara umumnya, apabila isteri melakukan perkara tersebut maka jatuhlah talak. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar puan membuat permohonan pengesahan lafaz cerai taklik tersebut daripada pihak Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 103

message user image