BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz... 

Saya nak tanya...masalah ini telah berlalu beberapa bulan yang lepas... 

Semasa saya pulang dari luar, saya nampak anjing di laman simen rumah saya... Masatu hujan.. Terdapat air yang banyak pada simen tersebut.... Tapi saya tak sertu sebab masatu hujan dan saya ada penyakit waswas dan takut untuk membuat sesuatu. Jadi, saya biarkan saja. Bagi saya, selagi saya pakai selipar, then its fine. 
Tapi, suatu hari tu, saya nak sidai baju. Tuala kecil jatuh ke lantai simen saya. Saya jadi waswas sama ada boleh ambil semula atau tidak sebab saya takut terkena tempat yang anjing pijak di simen rumah saya... Masa itu, lantai kering, tetapi tuala tersebut basah... Adakah saya perlu sertu? Adakah najis itu boleh berpindah? Saya pernah baca, air hujan boleh menyucikan lantai rumah jika ianya mengalir dia atas simen. Macam mana ya tu ustaz? Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang diterangkan, laman simen rumah adalah suci selama tidak dapat dipastikan dengan yakin ada terdapat ain najis anjing terdapat padanya. Jadi tuala kecil yang jatuh juga tidak bernajis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image