BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

aslm ustadz,saya nak tanya,ketika saya nak pergi solat,kaki saya tersentuh tahi cicak,bukan terpijak tapi tersentuh,saya was was tahi cicak itu kering atau lembap,rasa macam lembap pun ada kering pun ada tapi bila sentuh kaki saya kering dan takde kesan,adakah sah solat saya dan wajib ke saya basuh sebelum solat?sebab saya tak basuh semasa tersentuh tu,saya harap ustadz jawab soalan saya,semoga ustadz diberikan kesihatan,dilimpahkan rezeki,amin


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, beramal dengan yakin merupakan suatu tuntutan dari syarak, antara kaedah fiqah yang menyebutkan hal ini seperti: 

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: Keyakinan itu tidak dihilangkan disebabkan oleh syak (ragu-ragu).

Justeru, tuan perlu mengambil jalan yakin jika berlaku was-was atau syak wasangka mengikut situasi yang dialami oleh tuan mengenai tahi cicak yang tuan tersentuh itu. Jika berlaku was-was sama ada najis itu berpindah pada kaki tuan atau tidak maka perlu kembali semula kepada hukum asal bagi sesuatu iaitu hukumnya suci sehingga dapat dibuktikan dengan kelihatan secara jelas akan salah satu sifat seperti ain, rasa, bau dan warna najis, hal ini bertepatan dengan kaedah fiqah yang menyebutkan: 

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: Hukum asal setiap sesuatu itu adalah suci.

Memandangkan tidak dapat dipastikan terdapat kesan najis pada kaki, maka kaki tuan kekal pada keadaan asal iaitu suci dan solat yang didirikan adalah sah serta tidak perlu diulang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 47

message user image