BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt tuan,

saya di sini ada pertanyaan mengenai solat semasa bermusafir.

Saya bermastautin di Sabah dan telah pergi ke Shah Alam, Selangor selama 3 hari. Dalam masa yang sama, isteri saya sekarang menetap di Klang.  
 

Pada hari saya sampai, saya telah menjemput isteri saya yang berada di Klang untuk tinggal bersama saya sepanjang tempoh saya di Shah Alam. Sepanjang penginapan kami di Shah Alam. Kami telah pergi ke kawasan Rawang dan Cheras (telah melebih 2 marhalah jarak antara Rawang dan Cheras)
 

Pertanyaan saya adalah, boleh kah isteri saya solat jama bersama saya sepanjang penginapan kami?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Seorang yang bermusafir diharuskan untuk melakukan solat secara jamak dan qasar dengan syarat: 

1. Perjalanan permusafiran melebihi 2 marhalah iaitu 81 km dan tujuan permusafiran adalah diharuskan, bukan bertujuan maksiat.

2. Orang yang bermusafir boleh melakukan solat secara jamak dan qasar selepas melepasi kawasan perumahan atau kampung tempat dia tinggal.

3. Orang yang bermusafir boleh melakukan solat secara jamak dan qasar sepanjang perjalanan. 

4. Apabila sampai ke tempat yang dituju, dia boleh melakukan solat secara jamak dan qasar selama berada di tempat itu sekiranya dia berniat untuk tinggal di situ tidak lebh daripada 3 hari, tidak termasuk hari dia sampai dan hari dia meninggalkan tempat tersebut.

Merujuk kepada persoalan, berdasarkan pemerhatian kami, jarak antara Klang (tempat tinggal isteri) dan Shah Alam (tempat ketika bermusafir), begitu juga jarak di antara Rawang dan Cheras, atau Shah Alam ke Rawang atau ke Cheras, adalah tidak melebihi 2 marhalah, iaitu tidak memenuhi syarat untuk mendirikan solat secara jamak dan qasar. Oleh itu, isteri tuan tidak memenuhi syarat untuk mendirikan solat jamak dan qasar sepanjang menginap di Shah Alam.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 47

message user image