BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz..sy nurul..sy ada pertanyaan dan perlukan pendapat dari ustaz..apakah hukum sekiranya bakal pengantin perempuan meminjamkan duit hantaran mas kahwin kepada bakal pengantin lelaki untuk dijadikan mas kahwin?adakah perlu disebut dalam akad mas kahwin tersebut adalah hutang?pengantin akan berkahwin di kelantan di mana keseluruhan hantaran mas kahwin disebut semasa akad..cthnya,hantaran mas kahwin yang dipersetujui adalah rm10 ribu..jadi rm10 ribu tersebut akan disebut dalam akad..cthnya:"aku terima nikahnya nurul binti mohd dgn mas kahwinnya 10 ribu ringgit tunai".

jadi,sekiranya rm 10 ribu tersebut adalah hutang yang diberi pinjam oleh bakal pengantin perempuan,adakah perlu disebut sebagai hutang?atau boleh dikatakan tunai utk mengelakkan dr pengantin lelaki malu?adakah sah disebut tunai walaupun ia adalah pinjaman?

Pada pendapat ustaz,adakah wajar perbuatan perempuan tersebut memandangkan kedua-dua pihak pada awalnya merancang utk berkahwin pd feb 2025..namun,atas persetujuan dan memikirkn utk menjaga batas pergaulan kedua-dua bersetuju berkahwin lebih awl pd bulan sept..namun,dgn bantuan dr pengantin perempuan untuk memberi pinjaman wang hantaran..adakah hal tersebut wajar pada pandangan ustaz?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Mahar atau mas kahwin ialah “harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.” Tidak menjadi syarat untuk menyebut kadar mahar di dalam akad, namun disunatkan untuk mengelakkan perselisihan pada kadar dan sifat mahar.

Hukum bakal isteri meminjamkan wang miliknya untuk dijadikan mas kahwin oleh pengantin lelaki adalah harus, kerana tiada nas yang melarangnya. Ini bermakna pengantin lelaki berhutang dengan bakal isterinya. 

Adapun ketika akad nikah nanti sekiranya maskahwin diserahkan secara tunai atau melalui apa jua kaedah yang transaksinya adalah tunai maka semasa akad nikah ia dilafazkan dengan tunai, walaupun wang mas kahwin itu adalah hutang dengan si pemiutang. Sebaik sahaja sempurna akad nikah mas kahwin tersebut wajib diserahkan kepada isteri dan dalam masa yang sama si suami hendaklah membayar semula hutangnya kepada isterinya sebagaimana persetujuan yang telah disepakati bersama.

Wajar atau tidak wajar perbuatan tersebut adalah bergantung kepada situasi semasa pasangan yang bakal berkahwin itu, sekiranya mas kahwin yang terlalu tinggi serta ia membebankan pihak pengantin lelaki dan sekiranya pasangan itu tidak berkahwin dalam kadar yang segera maka boleh membawa kepada kemudaratan dari pelbagai sudut, maka tindakan seumpama ini adalah wajar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 200

message user image