BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam, Darah haid saya keluar kena seluar dalam tetapi ianya kering, dan seluar luar pulak takde tanda kena darah cumanya ada bau . Adakah patut saya bersih tempat yang saya duduk seperti kerusi walaupun tidak ada kesan darah atas kerusi? Buat masa saya tidak membersih kerusi tersebut kerana tidak ada tanda darah (kerusi saya warna hitam tetapi saya takde nampak darah) cumanya saya takut kalau dari segi islam, saya patut basuh kerusi tersebut.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Darah haid adalah salah satu daripada najis yang boleh menyebabkan pakaian menjadi kotor dan tidak boleh diguna semasa menunaikan solat dan ia perlu dibersihkan sebaiknya.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, terlebih dahulu ingin dinyatakan bahawa wajib membersih dan menyucikan seluar dalam yang jelas terkena darah haid walaupun ia telah kering sehingga hilang kesan warna, bau dan rasa. Bagi seluar luar yang dipakai yang didapati terdapat bau darah haid maka ia juga perlu dibersih dan disucikan sebaiknya. Manakala, bagi kerusi tersebut pula tidak perlu dibersihkan kerana najis tidak berpindah kepada benda-benda lain apabila dalam keadaan kering. Selama mana kerusi itu tiada kesan seperti bau, warna dan rasa, maka ia tidaklah dianggap sebagai mutanajis

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image