BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nk bertanya, seluar saya terkena tapak kasut namun tiada kedan kotoran pada seluar tersebut, adakah seluar tersebut sah untuk digunakan ketika solat? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Bersuci adalah wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapat ain najis dari segi warna, bau atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu perlu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang warna, bau atau rasa. dan warna.

Merujuk pada persoalan yang diajukan, sekiranya tidak terdapat apa-apa kesan najis, maka seluar itu adalah suci dan ia sah digunakan untuk solat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image