BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Saya telah mendaftarkan Badal Haji untuk arwah ibu yang baru meninggal dunia pada 26 Mei 2024.

Saya telah bertanya kepada Tabung Haji dan oleh kerana tiada kekosongan, saya telah memilih untuk menggunakan khidmat company swasta. Saya telah mendapat pengesahan bahawa seorang petugas hanya akn melakukan badal haji untuk seorang peserta sahaja.

Namun, syarikat tersebut telah memberitahu bahawa petugas merupakan rakyat Indonesia yang telah lama bermastautin di sana.

Saya baru mendapat video tentang badal haji yang dilakukan oleh petugas & menyedari bahawa petugas telah menyalah sebut nama arwah ibu.

Nama arwah ibu saya ialah JUMILAH. Petugas menyebut sebagai JAMILAH.

SOALAN SAYA :

Adakah badal haji tersebut sah apabila petugas telah menyalah sebut nama?

Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, benar, seperti yang dinyatakan satu badal haji hanya sah untuk seorang individu. Dalam situasi tersalah sebut nama, perkara ini tidak menjejaskan keabsahan badal haji tersebut selagi mana wakil tersebut berniat bagi pihak pemohon.

Penentuan seseorang dalam bab ibadah disebut sebagai ta'yin. Perkara ini dilakukan oleh wakil yang menjalankan badal haji tersebut. Justeru, selagi mana pihak wakil telah berniat bahawa haji itu dilakukan untuk individu tertentu (yang dimaksudkan), sekalipun terdapat kesilapan pada sebutan nama, maka ia tidak menjejaskan ibadah tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 35

message user image