BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada melakukan kesalahan terhadap majikan saya. Namun, saya telah bersungguh sungguh memohon maaf kepadanya. Tetapi, beliau nampaknya tidak memaafkan kesalahan saya. Saya masih memikirkan perkara ini sehingga mengganggu kesihatan saya. Apakah yang boleh saya lakukan untuk untuk melupakan perkara tersebut. Adakah saya dianggap berdosa terhadap majikan saya.


message user image

Jawapan  

Alhamdulillah puan telah menyedari kesalahan dan memohon maaf kepada majikan puan. Semoga Allah SWT bukakan pintu hatinya untuk memaafkan puan. Urusan diantara puan dan majikan telah selesai. Mungkin bagi pihak beliau mengambil masa untuk meredakan hati dan perasaannya. Allah SWT berfirman : Maksudnya : “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (al-Hujurat : 10) Memaafkan kesalahan seseorang akan menjadikan hati lebih tenang dan membuka pintu rezki, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;” (ali-‘Imran : 133 – 134) Sebaiknya puan tidak terlalu memikirkan kesalahan masa lalu, sebaliknya hendaklah berusaha untuk memperbaikinya dan tidak mengulangi kesilapan. Sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil hati majikan serta sentiasa mendoakan kebaikan untuknya. Tunjukkan contoh tauladan yang baik dan bekerjasama dengan rakan sekerja yang lain. Di samping itu bekerjalah dengan jujur dan tidak melakukan perkara yang menyalahi etika dalam bekerja atau khianat terhadap majikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 81

message user image