BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz, maaf saya nak bertanya tentang perkara Yang mengganggu fikiran saya sejak kebelakangan ni.. baru2 ni Cermin Mata isteri saya patah.. kemudian saya berkata kepada dia "goodbye" Dalam Hati Ada niat cerai kemudian Dalam 1-2 saya  saya sambung "Cermin Mata awak" Yang membawa maksud "goodbye Cermin Mata awak". Persoalaan saya sekarang Adakah telah jatuh Talak 1 ataupun belum jatuh lagi?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Situasi yang saudara nyatakan boleh menyebabkan jatuh talak secara kinayah (kiasan). Talak secara kinayah berlaku bagi ucapan yang menyerupai perceraian, perpisahan, selamat tinggal atau seumpamanya disertai dengan niat suami. Kenyataan saudara: "kemudian saya berkata kepada dia "goodbye" dalam hati ada niat cerai", menggambarkan situasi saudara berniat cerai pada masa itu semasa melafazkan "goodbye". Ia boleh menyebabkan talak jatuh sekiranya saudara benar-benar berazam untuk menceraikan isteri ketika melafazkan ucapan tersebut. Namun sekiranya ia hanya lintasan atau bisikan hati yang lalu dalam fikiran tanpa ada azam atau kesungguhan, maka talak tidak berlaku. 

Sehubungan itu, disarankan kepada saudara untuk merujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat di tempat tinggal untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 88

message user image