BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

ASSALAMMUALAIKUM USTAZ ..

SAYA NAK TANYA ,MAAF YE..JIKA ISTERI DATANG HAID , SUAMI TAHU DAN SUAMI MEMINTA PUASKAN IA DENGAN MENGUNAKAN MULUT , AKAN TETAPI SI ISTERI MENOLAK PERMINTAAN SI SUAMI....APA HUKUM NYA DAN WAJIB ATAU TIDAK...BERDOSA KAH ISTERI JIKA MENOLAK PERMINTAAN SUAMI ? TERIMA KASIH


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Islam mengambil berat perkara adab dan akhlak. Perutusan Nabi Muhammad SAW kepada umat manusia antaranya adalah untuk menyempurnakan akhlak. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلَاقِ

Bermaksud : Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Riwayat Ahmad)

Baginda Rasulullah SAW sendiri merupakan contoh terbaik sebagaimana firman Allah SAW di dalam surah al-Ahzab ayat 21:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Maksudnya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perbuatan tersebut bukanlah daripada adab yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Namun tiada larangan secara spesifik akan perkara tersebut.

Dalam pada itu, para ulama menyatakan bahawa harus hukumnya bagi seorang suami atau isteri untuk menyentuh dan bermain-main dengan alat sulit pasangannya, secara seksual dan maaruf (baik), bukan dengan cara yang merosakkan dan tidak membawa kepada penyakit dan masalah kesihatan, dilakukan secara konsensual atau suka-sama-suka, dilakukan dengan penuh adab.

Sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan seksual antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan, selagi mana tidak melibatkan perkara yang haram seperti liwat dan menelan najis. Segala aktiviti seksual ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh penghormatan antara satu pasangan dengan yang lain. Keredaan dan keizinan pasangan itu penting untuk mencapai ketenteraman dan kepuasan yang diredhai Allah SWT. Oleh itu, Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa’  ayat 19:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

Oleh itu, di dalam memenuhi hajat suami di dalam perkara tersebut tidak boleh dilakukan dengan paksaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 71

message user image