BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Tuan/Puan.. saya nak mintak pencerahan tentang isu taklik yang dilafaz oleh saya iaitu (isteri) kpd suami saya sama ada sah atau tidak.

Saya ada bagitahu suami saya sewaktu tu saya dalam keadaan marah dan emosi tidak stabil. Saya bagtahu " kalau awak buat lagi, awak akan hilang saya dan anak2 " tapi suami saya diam. kemudian saya bertanya kembali " boleh tak?" lalu suami saya menjawab " iya " bermakna suami saya setuju? dan adakah lafaz tersebut sah? dan jika suami saya melalukan perkara yang saya larang itu lagi bermakna jatuh talak kepada saya ke? 

Tapi sejujurnya saya tiada niat untuk berpisah saya berkata sebegitu kerana saya terlalu marah dan kecewa.  

Terima kasih kpd Tuan/Puan yg menjawab soalan saya ini. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Talak merupakan hak suami. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا الطَّلاَقُ لِمَنْ أَخَذَ بِالسَّاقِ

Maksudnya: Sesungguhnya talak hanya milik orang yang telah mengambil betis (orang yang telah memiliki perempuan secara halal). (Riwayat al-Baihaqi)

Berhubung kenyataan puan bahawa puan ada mengucapkan: "kalau awak buat lagi, awak akan hilang saya dan anak2" kepada suami, dan suami menjawab: "iya", boleh membawa kepada lafaz talak taklik secara kinayah. Sekiranya semasa suami menjawab "iya" suami berniat talak taklik, dengan maksud sekiranya dia mengulangi lagi perbuatan itu, maka tertalaklah isterinya, maka talak taklik berlaku. Namun sekiranya suami tidak berniat sedemikian, maka talak taklik tidak berlaku.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh berhubung dengan Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat di mana puan tinggal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 84

message user image