BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Cara membantu suami sakit mengambil wudhuk. Saya keliru sama ada saya boleh mengambilkan wudhuk untuk suami saya dengan menyentuh anggota wuduknya. Ada diantara rakan saya memberitahu saya perlu menggunakan alas pelapik tangan untuk membasuh anggota wudhuknya. Jika tidak, wudhuknya terbatal dan solatnya tidak sah. Tolong ustaz jelaskan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, cara membantu suami untuk mengambilkan wuduk perlulah berlapik agar tidak berlaku sentuhan kulit ke kulit yang menyebabkan batal wuduk. Ini berdasarkan pandangan mazhab Syafie bahawa seseorang lelaki yang menyentuh kulit isterinya atau wanita bukan mahram akan membatalkan wuduk, walaupun menyentuh tanpa syahwat. Ini berdasarkan dengan firman Allah SWT: Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Maidah : 6) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 85

message user image

Fatal error: Uncaught yii\web\HeadersAlreadySentException: Headers already sent in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 437. in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php:373 Stack trace: #0 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php(346): yii\web\Response->sendHeaders() #1 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/ErrorHandler.php(136): yii\web\Response->send() #2 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/base/ErrorHandler.php(288): yii\web\ErrorHandler->renderException() #3 [internal function]: yii\base\ErrorHandler->handleFatalError() #4 {main} thrown in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 373