BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullah Tuan SS Mufti. Apakah hukum menaikkan harga sewa rumah yg telah ditetapkan harga sewanya pada perjanjian kontrak? Contohnya, harga asal rm680/bulan kemudian tuan rumah naikkan jadi rm700/ bulan dalam keadaan masih dalam perjanjian kontrak yakni selama 2 tahun. Tetapi saya sebagai penyewa REDHA dengan kenaikkan tersebut walaupun belum tamat tempoh perjanjian. Adakah ia juga tetap melanggar perjanjian dan syarat ijarah? Syukran Tuan SS. Mufti.

Barakallahufiikum waahsana ilaikum


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam surah al-Maidah ayat 1, Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

Diperkuatkan lagi dengan riwayat Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad SAW:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati. (Riwayat Abu Daud)

Berkaitan dengan persoaan yang diajukan, pada asasnya tuan rumah serta penyewa perlu mematuhi apa-apa terma perjanjian yang telah disepakati atau ditandatangani. Walau bagaimnapun, masing-masing berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap perjanjian yang telah dibuat dengan persetujuan pihak-pihak yang terlibat seandainya terdapat kemaslahatan atau kemudharatan yang perlu dielakkan. Yang penting adalah sikap bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain serta jauh daripada kezaliman dan penindasan.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 69

message user image