BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya sedang membersihkan najis yg berada dilantai saya, semasa sedang mengelap ain najis itu terdapat semut yang jalan kemudian saya lap sekali semut itu dan terdapat air tumpah di sebelah saya lap dan air itu dengan tisu yang terdapat semut mati tadi kemudian saya terus mop lantai kemudian saya teringat saya lap air tumpah itu dengan tisu yg ada semut mati tadi saya jadi was was adakah lantai rumah saya jadi najis?


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pada pandangan muktamad mazhab Syafi'i, bangkai semut dianggap sebagai najis. Namun sekiranya sedikit, satu ekor atau dua, atau sukar untuk dielakkan, maka ia dimaafkan. Apa yang berlaku kepada puan adalah dimaafkan. Sebaiknya cuba untuk dielakkan pada masa akan datang.

Justeru, jika telah sempurna cara penyucian najis tersebut maka jika timbul perasaan waswas tidak boleh menjadi hukum bagi sesuatu perkara dan puan perlu mengambil jalan yakin bahawa lantai tersebut telah pun bersih dan suci dan semut tersebut adalah dimaafkan jika sedikit. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqah dan tuntutan dari syarak iaitu: 

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: Keyakinan itu tidak dihilangkan disebabkan oleh syak (ragu-ragu).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 44

message user image