BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Baru baru ni saya mengemas rumah Dan membuang buku2 sekolah ank saya..Ada di antara buku ank saya tu terdapatnya ayat alquran...saya nk cepat Dan terus membuang dalam tong sampah di luar...tanpa mengasingkan buku tersebut..selepas beberapa Hari baru sy tersedar Dan rasa amat bersalah..adakah disebabkan perbuatan saya itu telah jatuh murtad...sy betul2 menyesal.mohon pencerahan.klu jatuh murtad macam mana cara saya  nk bertaubat...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan, tindakan puan membuang buku yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran boleh dianggap sebagai suatu kesalahan dan berdosa, namun tidak membawa kepada terkeluar daripada Islam atau murtad. Rasa insaf dan menyesal atas perbuatan tersebut adalah sifat yang terpuji. Banyakkanlah beristigfar kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. Dinasihakan agar puan lebih prihatin dan berhati-hati pada masa akan datang. Saranan kami selepas ini hendaklah memastikan sesuatu perkara dengan membuat semakkan terlebih dahulu supaya perkara ini tidak akan berulang di masa akan datang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 62

message user image