BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh atau tidak daging qurban diberi kepada orang bukan Islam?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Jun 2005 memutuskan bahawa hukum Mengagihkan Daging Qurban Kepada Orang Kafir adalah seperti berikut: Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang kafir sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat. Hukum ini juga terpakai kepada pemberian daging yang telah dimasak. Rujukan fatwa: http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/141-fatwa-tentang-hukum-wakalah-dan-beberapa-perkara-berbangkit-dalam-ibadat-qurban والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 84

message user image