Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan yg dihormati.
HUKUM DUDUK DIRUMAH PUSAKA.
Saya 7 adik beradik. 3 lelaki dan 4 perempuan. Setelah ayah meninggal saya tinggal bersama ibu selama 20 tahun disebuah tanah FELDA. Ibu meninggal dunia 4 tahun yg lalu.
Ketika awal perbincangan salah seorang kakak saya berkata KALAU NAK AMAN SEMUA PILIH SAMARATA. Tapi saya tetap pilih faraid. Maka bermulalah bibit perpecahan.
Kami berpecah kpd dua kumpulan. 5 org pilih faraid dan 2 org pilih samarata.
Dipendekkan cerita kami lima org pergi kepejabat pusaka. Pada borang DDA kami pilih bahagian faraid. Alhamdulillah permohonan kami diluluskan.
Perbalahan terus berlaku. 2 waris tadi mahu rumah pusaka itu dikosongkan. Alasannya supaya setiap waris boleh bergilir gilir mendudukinya. Tapi 4 waris yg lain mahu saya terus tinggal dirumah itu.
Bagi mengelakkan dosa mengunakan barang² tanpa izin saya sanggup menebus rumah itu. Tapi tawaran saya ditolak. Saya juga sedia utk membayar sewa setiap bulan. Tetap ditolak.
Pertanyaan saya bolehkah saya terus tinggal dirumah pusaka itu tanpa persetujuan 2 waris tadi. Kerana pada pendapat saya, saya juga punya hak keatas rumah itu. Ditambah lagi dengan bahagian 4 waris lain yg memberi keizinan.
Ada yg mengatakan haram duduk rumah pusaka tanpa persetujuan semua waris. Tapi utk mendapatkan persetujuan semua waris amat sukar walaupun saya sudah membuat tawaran seperti diatas.
Besar harapan saya agar Tuan sudi memberikan jawapan.
Terima kasih.
Jawapan