BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya pelajar asrama,  minggu lalu, pada malam itu, saya berjalan dan di lintasan saya itu terdapat bekas tapak kaki anjing yang masih basah dan saya terpijaknya dengan tapak selipar saya. Selepas itu saya berjalan dan membawa selipar saya masuk ke dalam bilik dan selipar saya itu sudah berlegar-legar di dalam bilik. Ketika saya membuka selipar, tapak kaki saya terpijak lantai bilik dalam keadaan kaki saya basah. Soalan saya 1) adakah lantai bilik saya menjadi najis? Soalan 2) adakah kaki yg terkena lantai menjadi najis kerana yang saya tahu saya telah memijak bekas tapak kaki anjg di selipar dan telah membawanya ke bilik. Soalan 3) adakah itu menjadi najis hukmiyah berat? (Najis anjing). Soalan 4) dan kalau najis, bagaimana cara untuk saya membersihkannya kerana sepanjang minggu ini kaki saya sdh mengenai alat lain seperti pakaian, kerusi, kasut bahagian dalam, bahkan tempat tidur saya. adakah pakaian yg telah terkena kaki atau lantai tadi dan tmpt2 ini perlu saya sucikan? tidak adakah keringanan bagi kes seperti saya?.

Harap dapat diulas kerana saya sangat takut semua ibadah saya tdak akan sah dan diterima oleh Allah kerana diri saya yang masih dalam keadaan bernajis 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Merujuk kepada persoalan tuan:

1) Bekas tapak kaki anjing tidak najis. Sehubungan itu tidak perlu disertu lantai tersebut kerana tidak bernajis.Lantai tersebut kekal bersih dan suci, ini kerana pada asalnya, sesuatu itu suci dan tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna.

2) Apabila tidak yakin dengan sesuatu perkara tersebut, maka berpegang kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya maka kekal ia suci. 

3) Tidak menjadi najis hukmiyyah kerana tiada najis.

4) Semua kawasan adalah kekal bersih dan suci daripada najis, ini kerana pada asalnya, sesuatu itu suci dan tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 38

message user image