BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum dapat duit dari Novelah dengan membaca novel di aplikasi tersebut? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Segala hukum yang berkaitan dengan perkara tersebut adalah berbalik kepada tujuan novel itu dibaca dan cakupan isinya. Pembacaan novel yang bertujuan perkara kebaikan dan penambahan ilmu tanpa ada unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat agama (seperti penggunaan kata-kata kasar serta lucah, banyak berkhayal dan melalaikan) adalah diharuskan.

Oleh itu, merujuk kepada persoalan puan, pendapatan yang diterima hasil daripada langganan aplikasi tersebut juga adalah harus sekiranya telah memenuhi terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik aplikasi tersebut.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 78

message user image