BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan,

sy pjj dengan suami, hujung minggu sy akan balik ke rumah ibu mertua saya kerana suami tinggal bersama ibu nya.

soalan sy: suami tidak mengizinkan sy balik ke rumah (iaitu rumah ibu mertua saya). tetapi ibu mertua sy meminta sy balik kerana ibu mertua sy berkata itu rumah nya bukan rumah anaknya kerana anaknya pon dikira menumpang rumahnya selepas berkahwin. jika sy balik ke rumah ibu mertua sy adakah sy dikira berdosa kerana melanggar kata suami sy. sekian.

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Ketaatan isteri yang sebenar adalah kepada suaminya selagimana tidak bercanggah dengan tuntutan syarak. Terdapat pelbagai nas yang jelas menunjukkan perkara sedemikian antaranya adalah sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA:

لو كنتُ أمِرًا أحدًا أن يسجدَ لأحدٍ ، لأمرتُ المرأةَ أن تسجدَ لزوجِها

Maksudnya: Jika aku dibolehkan untuk memerintahkan seseorang itu sujud kepada seorang yang lain, maka sudah tentu aku akan perintahkan isteri itu sujud kepada suaminya. (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini mengingatkan para isteri supaya taat sungguh-sungguh kepada suami mereka kerana hak suami yang mesti ditunaikan oleh isteri itu amat besar. Secara umum, seorang isteri wajar berada di samping suaminya kecuali terdapat keadaan yang tidak dapat dielakkan. Berdasarkan situasi di atas, larangan suami itu tidak melibatkan perkara maksiat atau perkara yang bertentangan dengan syarak, oleh itu seorang isteri wajib mentaati suaminya sepertimana kaedah umum yang dijelaskan.

Sebagai tambahan, seorang suami wajib menyediakan tempat tinggal yang khusus untuk isterinya sebagai nafkah wajib. Memandangkan suami tinggal bersama dengan ibunya (ibu mertua), maka larangan suami agar tidak pulang merupakan suatu tindakan mengelakkan seorang isteri daripada berjumpa dengan suaminya. Tindakan yang sewajarnya adalah suami itu sendiri yang menyediakan rumah sebagai tempat tinggal untuk keluarganya. Rumusannya, dalam isu rumahtangga, pertimbangan dalam perkara ini memerlukan kepada belas ihsan antara satu sama lain dan perlu diselesaikan dalam meja rundingan sesama suami isteri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image