BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

TUAN/PUAN,

SAYA ADA PERSOALAN BERKENAAN LAFAZ CERAI.

SUAMI SAYA SETIAP KALI ADA PERGADUHAN BESAR, SUAMI SAYA SELALU AKAN CAKAP SAYA ADA LELAKI LAIN, SEDANGKAN SAYA TAK ADA LELAKI LAIN. KESALAHAN BERPUNCA DARIPADA DIA SENDIRI, KERANA SAYA TELAH PENAT MENGURUSAN RUMAH, ANAK LELAKI 4 ORANG, MEMASAK, MENGAJAR ANAK ILMU AGAMA & PENDIDIKAN DAN SAYA JUGAK BEKERJA. BILA SAYA PENAT, SAYA MENOLAK UNTUK BERSAMA, SAYA TAHU ITU SALAH. TAPI KADANG HATI, MINDA & FIZIKAL PENAT.

PERSOALANNYA, DIA PERNAH MENGATAKAN SAYA AKAN HANTAR AWAK RUMAH MAK AYAH AWAK MACAM MANA SAYA AMBIL DULU. HUJUNG BULAN NI KITA PERGI PEJABAT AGAMA. ADAKAH JATUH TALAK KEPADA SAYA?

TERIMA KASIH ATAS BANTUAN TUAN/PUAN.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada situasi yang puan nyatakan, kata-kata suami "SAYA AKAN HANTAR AWAK RUMAH MAK AYAH AWAK MACAM MANA SAYA AMBIL DULU. HUJUNG BULAN NI KITA PERGI PEJABAT AGAMA", boleh dikategorikan sebagai lafaz talak secara kinayah (kiasan) dan suami menetapkan untuk pergi ke Pejabat Agama pada hujung bulan ini untuk tujuan tersebut. Lafaz talak secara kinayah memerlukan kepada niat suami semasa melafazkannya pada ketika itu. Jika suami berniat cerai, maka talak boleh berlaku. Jika suami tidak berniat cerai, maka talak tidak berlaku.  

Walau bagaimanapun, seandainya puan inginkan penjelasan lebih lanjut bolehlah rujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah terdekat tempat di mana puan tinggal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 84

message user image